Assalammualaikum..
Nama saya Mohd Khairool Nizam Bin Ahamad. Saya merupakan penulis dan pemilik rasmi blog KHAIROOL NIZAM Enterprise. Nama blog ini diambil sempena nama perniagaan saya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (MA0148651-P). Di dalam blog ini saya akan berkongsi dengan anda tips-tips perniagaan yang sangat berguna untuk usahawan-usahawan muda seperti saya. Bagaimana untuk bermula, Pengurusan Kewangan, Pemasaran dan lain-lain lagi. Saya bekerja sebagai ahli perniagaan sepenuh masa di samping menjadi ejen bebas sebagai sumber pendapatan tambahan.
Perniagaan utama saya sehingga kini adalah Menjual Nasi Lemak Kukus & Ayam Goreng Berempah di Ayer Keroh Melaka. Perniagaan yang diusahakan oleh saya dan seorang rakan perniagaan yang berasal dari Muar, Johor kini seudahpun berusia setahun lebih. Asalnya sebuah perniagaan yang goyah dan menungggu masa untuk bungkus, saya cuba mempertahankannya sehingga saya berjaya memilki 3 cawangan di sekitar Melaka dan Muar.
Perniagaan kedua saya adalah melalui internet. Saya merupakan salah seorang ejen jualan bagi laptop dan netbook dan saya telah memilih pasaran internet sebagai pasaran utama untuk saya mengedarkan laptop dan netbook ini terus kepada pelanggan. Perniagaan ini masih lagi dalam peringkat development. Banyak yang perlu saya pelajari bagi meningkatkan jualan di Internet. Selain dari menjual laptop dan internet, saya juga seorang yang aktif dalam menyertai program affiliate dari Internet Marketer (IM) tempatan.
Jika anda ingin berkenalan dengan saya dengan lebih rapat, jangan malu-malu atau segan untuk add saya sebagai sahabat anda di laman sosial facebook. Mungkin kita boleh menjadi sahabat pendengar atau pun sebagai rakan perniagaan. Mungkin juga kita boleh bertukar-tukar pendapat tentang ilmu perniagaan dan kewangan.
Add saya di Facebook --->> www.facebook.com/mohdkhairoolnizam.ahamad2


